RUMAH IKUT BUDGET TERMAMPU
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca blog ini.
Apa itu rumah?
Dalam erti umum, rumah adalah salah satu bangunan yang dijadikan tempat tinggal selama jangka waktu tertentu. Rumah boleh menjadi tempat tinggal manusia mahu pun haiwan. Namun untuk istilah tempat tinggal yang khusus bagi haiwan adalah sangkar, sarang, atau kandang. Dalam erti khusus, rumah mengacu pada konsep-konsep sosial-kemasyarakatan yang terjalin di dalam bangunan tempat tinggal, seperti keluarga, hidup, makan, tidur, aktiviti dan lain-lain.
Budget?
Segala-galanya bermula dengan budget atau kemampuan kewangan untuk menyiapkan sebuah rumah impian.
Pada mulanya agak kecewa sebab rumah impian saya di atas tidak mungkin dapat dicapai sebab budget tidak mencukupi apabila pihak kontraktor yang menilainya memerlukan sekurang-kurangnya RM600K. Saya masih tidak mempercayainya sebab seni reka rumah ini adalah salah satu seni reka yang dipanggil "Budget House" dari negara barat cuma saya telah menokok tambah sedikit agar tidak meniru sepenuhnya dari rekaan asal.
Allah maha besar, Allah sentiasa membantu insan yang mencari sesuatu untuk kebaikan. Pada suatu hari diutuskan seorang hamba Allah bertemu dan memberi satu cadangan atau idea. Beliau menyarankan supaya saya menuntut satu ilmu yang dipanggil Teknkal Bangunan di Institut Usahawan Bumiputera. Tanpa membuang masa, saya mencapai keyboard dan menaip nama institut tersebut dalam google search. Wow, wow semangat membuar-buar dalam hati. Kekecewaan untuk membina rumah impian sudah mula hilang setelah diberi nafas baru. Tiga hari kemudian saya menghadiri kursus Teknikal Bangunan Tersebut. Dalam masa seminggu dah Grad dengan penuh keyakinan. Saya boleh buat.
Apa itu Teknikal Bangunan?
Teknikal bangunan adalah satu ilmu pengetahuan yang mengajar tentang cara-cara pembuatan satu bangunan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh CIDB. Satu lagi yang paling menarik ialah dalam kursus ilmu ini kita akan diajar cara mengira bahan untuk sesuatu bangunan yang bakal dibina. Anda nampak tak apa yang saya nampak pada masa itu. Mestilah tentang rumah impian saya. Saya boleh menilai kos bahan binaan dan upah pekerja. Senyum sampai ke telinga. Kosnya jauh lebih murah dari kiraan kontraktor.
Iklan dulu!
Kesimpulan:
Alhamdulilah saya berjaya menyiapkan rumah impian saya dalam masa 3 bulan. Selepas itu saya pun terfikirkan kontraktor yang pada mulanya menilai kos pembinaan rumah saya. Betapa huntungnya dia kalau dapat peluang untuk membina rumah saya. Disebabkan saya tidak mampu dengan kos tersebut saya kontrakkan sendiri rumah saya.
Dari itu, saya bercadang untuk menjadi kontraktor bangunan dan sekarang ini saya sudah pun membina dan mengubahsuai beberapa buah rumah sejak tahun 2014 kerana minat dan ingin membantu orang yang ingin membuat rumah mengikut budget. Tidak perlulah mengambil keuntungan berganda-ganda. SEKIAN CERITA PASAL RUMAH SAYA.
Saya ada satu reka bentuk rumah dua tingkat 20x20...cuma RM75K sahaja. Nanti kita sambung cerita.
BOLEH HUBUNGI SAYA 0133377825 EN. kHAIRUZZAMAN


